Rakyat Malaysia tidak dibenarkan melawat negara Israel Hubungan Israel–Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Perang Israel - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya. Sebelum ini, negara-negara lain seperti China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang, tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan anak kepada Yang DiPertuan Agong yang pertama.

Pada 17 Julai 1994, akhbar Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan Israel.[1]

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan. Mereka hadir dalam Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008, Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua pemain warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Israel–Malaysia http://www.4d2u.com/viewcom.php?s=&lang=M&forumno=... http://www.aku-sempoi.com/2009/02/penguasaan-israe... http://www.anwaraidc.com/?p=22239 http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?to... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://chegubard.blogspot.com/